Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kemajuan Perumahan
SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak hadir selaku tetamu kehormat.
PERUMAHAN NEGARA MERAGANG, Isnin, 7 Oktober. – Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun yang mana tema pada tahun ini ialah “Engaging Youth to Create a Better Urban Future".
Bagi meraikan serta memberkati pembukaan sambutan Hari Habitat Sedunia pada tahun ini, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran bertempat di Masjid Az-Zakireen, Perumahan Negara Kampong Meragang.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.
Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan.
ANTARA yang hadir.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah disusuli dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah serta Doa Kesyukuran. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.